Monday, 30 January 2017

FOOD HUNTER


ASSALAMUALAIKUM SEMUA 😉😉

Apa khabar iman kamu semua ? Harapnya semakin meningkat dan statik.. 😊
Sempena cuti raya cina, umai dan kawan-kawan pergi berjalan.. So satu tempat umai nak pergi ialah "SEOUL GARDEN" ..  tempat makanan yang popular.. terkenal dengan makanan yang sedap dan mahal.. 😁😄

Teringin sangat nak makan kimchi sbb dengar dari kengkawan kimchi sedap rasanya.. Dah lama x makan makanan korea. dulu pernah makan juga tapi kongsi dengan kawan sebab nak rasa je macam mana rasa makanan korea ni.. makanan korea yang pertama umai makan ialah "tteokbokki".
Rasanya sangat pedas sampai kena kongsi dengan kengkawan utk habiskan tteokbokki..
hurmm.. lidah x dapat nak menahan rasa pedasnya lagi.. tu pun makan time lawatan masa form 5..

Bila sampai kelantan, nak rasa makanan korea tapi x berkesempatan .. bila dah ada peluang ni and ada rakan yang nak makan sama makanan korea jadinya on jelah.. so umai kawan umai makan kat seoul garden.. nak makan macam macam time ambil order hari tu tapi memandang still student lagi so kita ambil yang murah je. 


CER TEKA APA NAMA MAKANAN NI?

Macam yang umai ceritakan .. nak sangat rasa kimchi, mujurlah kat sini ada kimchi tapi yang sedihnya umai x dapat nak rasa tteokbokki sebab x ada dalam list makanan..so simpan hasrat lagi nak makan tteokbokki.. Makanan yang umai pesan ialah "KIMCHI & MARINATED CHICKEN KIMGARU BAP"..

Rasa kimchi sangat sedap sehingga menjilat jari.. memanglah benar kata orang kimchi sangat sedap😋😋😋 dan terasa masinnya sebab diperapkan.. memang rasa nak pesan lagi kimchi tu.. Dalam marinated chicken kimgaru bap ada ayam,sayur kangkung,telur kuning(cair),taugeh (besar), kimchi dan bawah nya ada nasi.. memang sedap. rasa makan makanan yang berkhasiat sbb ada sayur dan sihat untuk badan ..

bagi sesiapa yang ingin mencubanya boleh lah singgah sebentar di SEOUL GARDEN  dalam KB MALL.. Rugi sebenarnya bagi sesiapa yang x mencuba.. ada lagi banyak makanan korea yang ada disediakan di seoul garden.. jadinya apa tunggu lagi..😉😉😉 mai semua pakat-pakat serbu seoul garden.. 😊😊😊

3 comments:

  1. Makan seoul garden woih 😭😭

    ReplyDelete
  2. salam singgah dan follow. :)

    Anda dijemput join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete